With your ongoing help, we can continue the fight against WORLD HUNGER
Laksanakan qurban anda untuk mereka yang benar-benar memerlukannya
Bilangan umat Islam yang berkemampuan untuk menunaikan ibadat qurban semkin hari semakin bertambah. Akan tetapi, ada yang mempersoalkan adakah ibadat qurban yang mereka tunaikan mencapai matlamatnya?
Pengagihan secara tangkap muat sehingga ada daging qurban yang terperosok dalam peti sejuk sekian lama kerana penerimanya yang berkemampuan sudah muak memakan daging sedangkan masih ada golongan yang menderita kebuluran masih memerlukan bantuan makanan.
Walaupun amalan biasa yang kita laksanakan dengan mengagihkan daging qurban kepada mereka yang miskin, jiran atau dimakan sendiri bersama keluarga tidak menjadi kesalahan, namun menyalurkan kesemuanya kepada saudara seagama yang betul-betul kebuluran adalah amalan yang lebih ideal dan mulia serta mendapat lebih keredhaan Allah SWT. Kerana itu nikmatilah keredhaanNya dengan memahami dan menghayati ibadah qurban yang sebenarnya.
Amalkan Qurban Yang Lebih Afdal
Muslim Aid Asia (MAA) sebuah organisasi bantuan dan pembangunan antarabangsa mengajak umat Islam di negara ini untuk menyertai program "Qurban For Life" (Q4L) bagi mendekati saudara seagama di seluruh dunia yang tidak mampu menikmati daging dan hidup dalam kedaifan berbanding umat Islam di negara ini.
Program Q4L sudah 18 tahun dilaksanakan oleh rangkaian Muslim Aid dan pengagihannya dihantar hampir ke seluruh dunia Islam yang mengalami kemusnahan dan penderitaan seperti di Afghanistan, Afrika, Indonesia, Iraq, Kashmir dan Palestin, malah rakyat termiskin di Malaysia.
Penyembelihan dilakukan di pusat penyembelihan terpilih yang diiktiraf oleh JAKIM dengan penyeliaan ketat Muslim Aid. Proses masakan dan pengetinan dilakukan di kilang Pertima Terengganu dan seterusnya dihantar ke negara terpilih yang mengalami penderitaan akibat bencana alam atau peperangan.
Selain berpejabat di Malaysia, Australia, United Kingdom dan Jerman, MAA juga mempunyai pejabat cawangan hampir diseluruh dunia Islam yang menderita kebuluran dan bertanggungjawab menyaring setiap permohonan serta menyediakan laporan terperinci tentang pengagihan daging qurban berkenaan. Kami member jaminan bahawa qurban anda sampai ke matlamatnya.
Kaedah Qurban Cara MAA
- Pengetinan daging merupakan kaedah terbaik apabila penghantaran perlu dilakukan ke kawasan yang daif dari segi infrastrukturnya seperti ketiadaan bekalan elektrik. Cara ini juga dapat memastikan bekalan makanan ini sentiasa ada dan boleh dinikmati pada bila-bila masa.
- Selain dari pengetinan daging qurban, Muslim Aid juga melaksanakan penyembelihan setempat iaitu melakukan ibadat qurban di negara-negara terpilih yang dikenalpasti rakyatnya hidup dalam kebuluran.
- Muslim Aid juga menyembelih dan memproses daging beku untuk dihantar ke kawasan yang sesuai dari segi infrastruktur dan budaya seperti Bosnia.
Bertemakan sedekah dari rakyat Malaysia untuk masyarakat dunia, MAA melaksanakan ibadat qurban melalui kaedah teknologi moden dan sistem yang teratur
FAKTA
Menurut Program Makanan Sedunia PBB, setiap 3.5 saat seorang penduduk dunia atau 24,685 orang setiap hari mati akibat kelaparan. Anehnya kebanyakan dari mereka adalah masyarakat Islam.
Seekor kambing biri-biri atau satu bahagian qurban yang bernilai RM350 telah dapat menghasilkan sebanyak 24 tin daging qurban yang telah siap sedia untuk dimakan.
Setiap tin boleh dimakan oleh 5 orang atau satu keluarga.
Pada musim 1427H (2006/07), rangkaian Muslim Aid telah menyumbang sejumlah RM4,226,174 kepada mangsa yang menderita kelaparan di seluruh dunia termasuk RM1.4 juta adalah dari sumbangan qurban
Rangkaian Muslim Aid masih memerlukan sumbangan anda untuk meneruskan JIHAD MENENTANG KELAPARAN dengan menyalurkan segala bantuan ataupun qurban anda kepada saudara seagama kita di seluruh dunia.
MUSLIM AID ASIA
8-1-2 Mutiara Bangsar, Jalan Liku,
59100 Kuala Lumpur
Tel: 03-22881996 / 22821996
Fax: 03-22881996
www.muslimaidasia.com
www.muslimaidasia.blogspot.com
No comments:
Post a Comment